Objektif

  Objektif Pelaksanaan Amalan 5S

  • Mewujudkan tempat kerja yang bersih, kemas dan sistematik untuk keselesaan warga PPD Batang Padang
  • Meningkatkan kerjasama antara warga PPD Batang Padang dalam melaksanakan tugasan harian
  • Mewujudkan disiplin yang tinggi dan berhemah dalam kalangan warga PPD Batang Padang
  • Memastikan keselamatan di tempat kerja untuk setiap warga PPD Batang Padang
  • Meningkatkan mutu perkhidmatan kerja melalui penerapan budaya kaizen

Polisi Amalan 5S

Memastikan amalan 5S dilaksanakan secara berterusan melalui budaya kerja berpasukan dan berdisiplin dengan mengutamakan kebersihan, kekemasan, keselesaan dan keselamatan di tempat kerja.