Latar Belakang

Sehingga hari ini, pelbagai usaha telah dilakukan untuk mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan seperti Manual Prosedur Kerja, Fail Meja, Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001, Piagam Pelanggan, Kumpulan Inovatif dan Kreatif dan sebagainya.  Seiring dengan usaha-usaha ke arah transformasi perkhidmatan awam,  pemantapan pengurusan persekitaran tempat kerja kearah meningkatkan imej dan profesionalisme organisasi perlu dilaksanakan.
Pengurusan persekitaran tempat kerja yang lebih seragam dan sistematik berdasarkan Pelaksanaan Amalan 5S merupakan satu pendekatan yang diterima dan dipraktikkan secara universal.  Pelaksanaan Amalan 5S dapat membantu PPD Batang Padang merancang dan melaksanakan usaha-usaha  menghasilkan persekitaran tempat kerja yang kondusif bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kepada pelanggan.